Sabtu, 18 Mac 2017
LEFT ADNAN
LEFTENAN
ADNAN BIN SAIDI
(1915-1942)
BIODATA LEFTENAN ADNAN SAIDI
Nama Penuh: Adnan Bin Saidi
Tarik Lahir: Jun 1915
Tempat Lahir: Kg Sungei Ramal, Kajang, Selangor
Keluarga : Merupakan anak
sulung dalam keluarganya
- Direkodkan juga dimana adik adikya merupakan anggota tentera (
seorang meninggal akibat kapal dibom
Tentera Jepun, 1939 dan seorang lagi terselamat dari peperangan dan kini
bersara )
Pendidikan:
Ketika berusia 18thn, Adnan memasuki Rejimen Askar Melayu ( Malay
Regiment ) dan di lantik ke pangkat Sarjan pada tahun 1936. Tidak lama kemudian
dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major.
Kemudian dihantar pula ke Singapura untuk menjalani kursus latihan
pegawai yang membawa kepada pangkat Leftenan Muda. Setelah tamat kursus, beliau
dilantik sebagai Ketua Platun ke-7, Kompeni C.
Status: Berkahwin
Isteri: Puan Sophia Pakih Muda ( meninggal dunia pada 1949 )
Bilangan Anak: Tiga orang anak ( Dua lelaki ; Seorang perempuan ) -
bayi perempuannya meninggal dunia selepas kejatuhan Singapura.
KRONOLOGI RINGKAS PERTEMPURAN PERMATANG PASIR PANJANG
Pada tahun 1941 Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang,
Singapura dan ketika Perang Dunia II semakin hampir, merupakan kali terakhir
beliau bersama anak anak dan isterinya ( ketika ini sedang sarat mengandung
anak ke 3 mereka )
Pada 13 Feb 1942, peprangan bermula dan Lt. Adnan Saidi bersama
Kompeni C memberikan tentangan hebat sehingga memaksa Tentera Jepun berundur.
Pada tengah malam 14 Feb 1942 pula Lt Adnan dan Kompeni C diarahkan
untuk ke Pt. 226 Bukit Candu. Pada petang 14 Feb, Lt. Adnan Saidi dan
tenteranya berjaya menumpaskan sekitar 20 orang musuh dan ini memaksa sekali
lagi tentera Jepun berundur.
Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serang besar
besaran dalam bilangan tentera yang ramai. Serangan tersebut telah
menumpaskan Lt. Adnan Saidi, 27, Ketua
Platoon No. 7 dan Kompeni C, Briged 1 Malaya . Dengan bilangan yang lebih kecil
dan kekurangan peluru, Rejimen Melayu bertempur sehingga ke titisan darah
terakhir dan dilaporkan lebih daripada 800 orang askar musuh telah ditewaskan
oleh Lt. Adnan Saidi dan regimennya.
Pemandangan dari Bukit Candu (lokasi pertempuran)
"Beliau telah banyak mengatasi serangan oleh Tentera Jepun.
Mereka mengebom dia tetapi dia berjuang garang dan dikenakan kerugian yang
besar kepada mereka Adnan tidak pernah menyerah kalah di bawah mana-mana
keadaan. Dia telah benar-benar berdedikasi, malah sebelum pertempuran, beliau
mengguna pakai moto untuk platunnya "Biar
putih Tulang, jangan putih mata" -. kematian sebelum
menghina "
Langgan:
Catatan (Atom)